PM dedah lima kegagalan kerajaan Selangor

World

News / World 129 Views comments

Datuk Seri Najib Razak mendedahkan lima kelemahan besar yang gagal ditangani kerajaan Selangor. — Foto oleh Yusof Mat IsaHULU SELANGOR, 7 Mac — Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mendedahkan masalah bekalan air dan kos harga rumah tinggi antara lima kelemahan besar yang gagal ditangani kerajaan Pakatan pembangkang di Selangor.

Selain itu, berdasarkan kajian yang dilakukan, beliau berkata kelemahan lain kerajaan negeri ialah mengenakan cukai yang membebankan rakyat negeri ini, pengurusan sampah yang lemah dan gagal menguruskan sungai dengan baik sehingga membawa& kepada peningkatan penyakit berjangkit.

“...air gagal diuruskan oleh kerajaan negeri, tengok sahaja pembangkang di Kelantan kita (Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri) boleh uruskan air tetapi di sini (Selangor) mereka utamakan politik, bukan hal rakyat.

Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd) memaklumkan ada enam daerah yang kritikal, cemas, ibarat telur di hujung tanduk, sebab bekalan air lemah, kualiti semakin teruk, tekanan rendah, bil kelam-kabut dan khidmat servis tidak baik…inilah kisah pentadbiran air di Selangor,” katanya ketika melancarkan jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) Selangor di Dataran Kampung Sungai Chik, Ulu Yam Baharu di sini hari ini.

Turut hadir pengerusi BN Selangor yang juga menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan Tan Sri Noh Omar, presiden MCA yang juga menteri pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, presiden MIC yang juga menteri kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan ketua Wanita BN Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Hadir sama, menteri pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid, menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat Datuk Seri Rohani Karim, anggota Parlimen Hulu Selangor Datuk P. Kamalanathan, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan dan Adun Hulu Bernam Datuk Rosni Sohar. — Bernama

loading...

Comments